Beginilah keadaan kereta Perodua Kancil dinaiki seorang wanita yang terbakar di Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang, pagi tadi. Gambar ihsan: JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditemui rentung apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki terbakar di Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumlan, wanita yang tidak dikenalpasti identitinya itu ditemui selepas kereta yang terbakar 40 peratus itu berjaya dipadamkan.

Terdahulu, JBPM memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pukul 4.25 pagi.

Katanya, jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Selayang kemudiannya digegaskan ke lokasi kejadian dan tiba dalam tempoh enam minit kemudian.

Mangsa yang terbakar diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan sementara kes itu disiasat pihak forensik bomba bagi mengetahui punca sebenar kejadian. – MalaysiaGazette