Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berpendapat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tepat.

Jelas bekas Perdana Menteri keenam itu, keputusan tersebut untuk memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap untuk menyelesaikan Covid-19, bantuan rakyat dan untuk mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi sebelum membubarkan Parlimen bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

Jelas beliau, ianya bukan sahaja langkah paling tepat malah merupakan satu-satunya sahaja pilihan untuk kebaikan rakyat dan negara bagi jangka masa pendek dan panjang.

“Cara penyelesalian ini juga memenuhi hasrat titah Raja-Raja Pemerintah bulan lepas bahawa perlunya ada sebuah kerajaan stabil yang mendapat keyakinan dan sokongan majoriti rakyat (bukan katak).
“Sebab cara menyelesaikan masalah ini bukan dengan gantikan sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak dengan sebuah lagi kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak,” katanya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.
Najib yang Ahli Parlimen UMNO menjelaskan, kerajaan interim yang ditubuhkan memerlukan tempoh hadnya dengan matlamat jelas.
Tambahnya, ia tidak boleh melebihi tempoh tiga hingga enam bulan sebab ianya juga sebuah kerajaan pintu belakang dengan majoriti tipis yang bukan pilihan rakyat.
“Lagipun tempoh untuk parlimen terbubar dengan sendirinya juga cuma kurang dua tahun lagi sebelum penggal PRU ini berakhir. UMNO dan BN tak takut untuk menghadapi Rakyat apabila tiba masanya.
“Sekiranya PN dan PH percaya mereka mempunyai sokongan padu dari rakyat dan prestasi memerintah telah terbukti baik maka mereka juga tidak perlu takut untuk menghadapi rakyat apabila tiba masanya,” katanya lagi.

Najib menambah, sekiranya negara  berdepan masalah besar yang mengancam kelangsungan hidup rakyat dan pemulihan ekonomi negara, kerajaan perlu menyelesaikan masalah segera dengan cara mengubat paling tepat.

Menurut beliau, ketika ini ianya amat jelas bahawa dua masalah paling besar negara apabila rakyat telah berkurung tanpa pendapatan hampir enam bulan dan sudah hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan PN untuk membendung Covid-19.
Jelas beliau, ia dibuktikan setelah kegagalan bersiri Perintah Kawalan Pergerak (PKP) 2.0, PKP 3.0/3,1, Total Lockdown dan PKPD (Diperketatkan cuma lima hari sebelum U-Turn di mana PKPD yang paling gagal pernah dibuat.
“Malah paling mengejutkan ialah majoriti rakyat percaya bahawa usaha kerajaan untuk lawan Covid019mempunyai muslihat politik tersembunyi dengan matlamat untuk memanjangkan krisis untuk kekalkan kuasa.
“Sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak – bukan kuasa rakyat.
“Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita tidak boleh biarkan keadaan yang sakit untuk berterusan tanpa diubat dengan segera. Lagi jahanam Rakyat dan negara sekiranya ianya berlanjutan setahun atau dua tahun lagi,” katanya. – MalaysiaGazette