KUALA LUMPUR – Angka jangkitan positif harian Covid-19 melonjak melebihi paras 8,000 dengan hari ini kepada 8,868 kes.
Carta Kementerian Kesihatan menunjukkan Selangor kekal sebagai penyumbang utama kes negara ini apabila mencatatkan sejumlah 4,152 kes hari ini.
Semalam, Selangor merekodkan 3,360 kes.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes positif di negara ini berjumlah 808,658 kes.
Negeri-negeri lain yang turut mencatatkan bilangan kes harian adalah Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336) dan Sarawak (281).
Ia disusuli Sabah (279), Pulau Pinang (237), Melaka (182), Pahang (152), Kelantan (135), Terengganu (68), Labuan (64) Putrajaya (47), manakala Perlis hanya satu kes. – MalaysiaGazette