Senior Minister of Defence, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at a news conference after a visit to the Vaccination Centre at World Trade Centre Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 01 JULY 2021
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sabah akan beralih daripada fasa satu kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dipersetujui pada sidang khas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh beliau petang tadi.

“Sidang Khas MKN hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada fasa 1 ke fasa 2.

“Ia ditetapkan berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi fasa dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. – MalaysiaGazette