DHAKA – Kebakaran kilang di Bangladesh telah mengorbankan 52 orang dan mencederakan 30 yang lain, kata perkhidmatan kecemasan.
Kebakaran berlaku malam Khamis di kilang Makanan dan Minuman Hashem di Rupganj, sebuah bandar industri berhampiran ibu negara.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada simpanan bahan kimia dan plastik di dalam bangunan.
Seorang pegawai bomba berkata, jumlah korban dijangka meningkat kerana banyak pekerja masih belum ditemui.
Sebelum kejadian, kilang enam tingkat itu menghasilkan jus buah, mi dan manisan.
Walaupun banyak pekerja berjaya keluar ketika kebakaran bermula, dipercayai beratus-ratus orang masih bekerja semalaman.
Saksi mengatakan banyak pekerja cedera setelah melompat dari tingkat atas kilang.
Pihak berkuasa tidak menolak ramai tidak dapat melarikan diri kerana pintu yang menuju ke tangga ke bumbung telah dikunci. – MalaysiaGazette