PDRM logo police lockup death Benedict Thanilas
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang ahli perniagaan yang mengalami kemurungan ditemui mati di rumahnya di Taman Putra, dekat Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari isteri mangsa selepas pulang membeli barangan keperluan harian di premis kawasan berhampirannya.

Menurutnya, lelaki berusia 58 tahun itu ditemukan tergantung di bawah kipas dalam bilik tidur utamanya tingkat bawah rumah dua tingkat kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Semasa kejadian, anak bongsu mereka berusia 26 tahun berada di dalam bilik tetapi tidak kejadian tersebut.

“Mangsa mengalami kemurungan dan pernah dirujuk beberapa kali ke Pusat Pakar Universiti Malaya dan mendapatkan rawatan.

“Semakan juga mendapati mangsa juga sudah menerima dos pertama vaksin pada 14 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, mangsa dan keluarganya mendiami rumah berkenaan selama lebih kurang 20 tahun.

“Mayat telah dibawa Hospital HUKM untuk bedah siasat dan kes telah diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR). – MalaysiaGazette