Bangkai kenderaan yang meletup di Banadir, foto Agensi

MOGADISHU – Sebuah kereta yang diletakkan bom yang mensasarkan konvoi kerajaan meletup di persimpangan jalan yang sibuk di ibu negara Somalia hari ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang.

Konvoi itu membawa pegawai kanan polis, Farhan Qarole, yang terselamat dari serangan tersebut.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi al-Shabab, yang berhasrat menggulingkan pemerintah sering melakukan pengeboman tersebut.

“Saya telah melihat lapan mayat di tempat kejadian termasuk seorang wanita,” kata Hassan Sayid Ali, seorang pemandu teksi motor roda tiga. – MalaysiaGazette