M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan direman selama lima hari mulai Sabtu, bagi membantu siasatan melibatkan satu kes rasuah.

Difahamkan, perintah reman terbaharu ini adalah susulan daripada penahanan reman seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan, pada Jumaat.

Kedua-dua suspek berusia 48 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Abdul Shukor di Mahkamah Majistret, di sini pada Sabtu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pada Jumaat, pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan itu direman selama empat hari bagi siasatan lanjut selepas disyaki terbabit dalam meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast