Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin transition phase National Recovery Plan total lockdown full movement control order 3.0
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR –  Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Mesyuarat Kabinet tergempar dan mengemukakan keputusan meletak jawatan, seperti yang tular di media sosial.

Jurucakap PMO menegaskan kenyataan yang tular di platform media sosial itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Kenyataan media palsu yang tular itu mendakwa perdana menteri mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Kenyataan yang tidak sahih itu turut mendakwa Kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan perdana menteri dan sehubungan itu meminta Muhyiddin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang perdana menteri baharu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast