KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan berhubung dua laporan polis yang dibuat oleh pemandu wanita dan pemandu van e-hailing berhubung perselisihan yang berlaku di jalan raya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan dimulakan selepas polis menerima laporan daripada seorang perempuan tempatan berumur 26 tahun, pada 5 Julai lalu.
Wanita itu mendakwa keretanya dihimpit oleh sebuah van barang e-hailing semasa bergerak dari Sky Awani 1 ke One Maxim Sentul ibu negara.
Katanya, pada keesokan harinya, polis telah terima satu lagi laporan berkaitan kes khianat pecah cermin kereta semasa berada di hadapan Bangunan Maxim yang dibuat oleh satu lelaki Melayu berumur 36 tahun, yang mana kedua-dua kejadian ini adalah saling berkait.
“Menurut laporan dari pemandu kereta Axia, semasa dia sedang menghentikan kereta di lampu isyarat Kampung Batu Muda Kuala Lumpur, sebuah van warna jingga tertera nama penyedia khidmat barang e-hailing telah menghimpit kenderaannya sebelum pemandunya mematahkan cermin sisi kereta pemandu Axia tersebut.
“Oleh kerana tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia telah mengekori van tersebut dan bertindak membunyikan hon untuk berhenti dan berbincang namun tidak diendahkan pemandu van tersebut
“Pemandu wanita kereta Axia yang tidak berpuas hati bertindak menghalang laluan van tersebut dan bertindak memecahkan cermin kenderaan itu menggunakan pengunci stering.
Bagaimanapun laporan polis yang dibuat oleh pemandu van itu telah menafikan kejadian tersebut.
Sebaliknya, pemandu itu mendakwa perselisihan berpunca daripada tindakan pemandu kereta Axia yang telah membuat pusingan U secara tiba-tiba.
Menurutnya, pemandu van berkenaan bertindak membunyikan hon untuk menegur perlakuan pemandu kereta Axia tersebut.
“Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu van tersebut, pemandu kereta Axia telah bertindak mengejar van dan secara tidak sengaja telah bergesel sesama sendiri.
“Akibat daripada perlakuan ini, kedua-dua pemandu tersebut telah berselisih faham dan pemandu kereta Axia bertindak mengetuk cermin van menggunakan pengunci stereng hingga menyebabkan cermin van itu retak.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat). – MalaysiaGazette
Babi klu bawa keta cmtu la perangai kebabiannya