Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 102 kematian dicatatkan akibat jangkitan Covid-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulla,h daripada jumlah itu, 97 korban adalah warganegara dan selebihnya bukan warganegara.

“Sebanyak 102 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 46 kes di Selangor, 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Pahang, enam kes di Johor, masing-masing tiga kes di Kedah dan Melaka, masing-masing dua kes di Sabah dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, dan Sarawak,” kata Noor Hisham.

Sejumlah 8,534 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini yang mana 7,087 kes melibatkan warganegara dan 1,447 bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, 40 adalah kes import dengan 36 kes melibatkan warganegara dan bakinya bukan warganegara.

Dalam pada itu, sejumlah 5,041 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 747,338.

Sejumlah 964 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 452 sedang menerima bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes aktif pula adalah paras 91,272 kes.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 semakin meningkat.

Berdasarkan data terkini pada 11 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.15 berbanding 1.13 pada Sabtu.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Selangor (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.17), Kedah (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.14).

“Sabah (nilai RT 1.08), Melaka (nilai RT 1.08), Terengganu (nilai RT 1.08), Perak (nilai RT 1.07), Pulau Pinang (1.05), Negeri Sembilan (nilai RT 1.02), dan Johor (nilai RT 1.02),” kata Noor Hisham lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, sejumlah 16 kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kluster Komuniti tertinggi dengan lapan kluster, lima Kluster Tempat Kerja dan tiga Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi.

Kluster Komuniti adalah Kluster Kampung Pulau Kundur dengan 12 kes, Kluster Jalan Dusun Langgar (14), Kluster Lorong Kubur Maras (15), KLuster Tanjung Gelam (20), Kluster Tok Molor (13), Kluster Rantau Kesidang (29), Kluster Ketior Dalam (14), dan Kluster Kampung Kendaie dengan 23 kes.

KLuster Tempat Kerja meliputi Kluster Resort Sepang (13), Kluster Industri Jalan Utas (35), Kluster Tapak Bina Jalan Cendana (11), Kluster Lorong Sentosa Satu (10), dan Kluster Putrajaya 15 (24 kes).

Tiga kluster Kumpulan Berisiko Tinggi adalah Kluster Bayam Tiga (9), Kluster Taman Utama Satu (8), dan Kluster Seksyen 14 Jalan Bayam dengan 10 kes. – MalaysiaGazette