Beberapa kawasan di Pahang, Johor, sarawak dan Sabah dikenakan PKPD mulai Rabu ini.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan di berapa lokaliti di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah selama dua minggu mulai 14 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu di Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub di Pahang; Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu di Kuching, Sarawak; dan Felda Maokil, Muar, Johor.

Turut dikenakan PKPD sehingga 27 Julai ini ialah Taman Muhibbah Fasa 1, 2, dan 3, Beaufirt, Sabah serta kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah iaitu kilang dan kuarters Focus Lumber, kilang dan kuarters Veracity, kilang dan kuarters Hasil Jadi, pusat memandu IDA dan penempatan warga Indonesia.

Ismail Sabri Yaakob

Selain itu, dua lokaliti di Penampang, Sabah iaitu Kampung Madsiang dan Apartment Beverly Hills Fasa 2 serta Kampung Kobusak di Penampang.

Katanya, SOP bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, dua lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD selama satu dan dua minggu lagi.

Lokaliti itu ialah CLQ Gamuda Garden, Kundang Jaya di Rawang Selangor dilanjutkan satu minggu hingga 19 Julai ini, manakala Flat Taman Benus Jaya di Bentong, Pahang dilanjutkan dua minggu sehingga 27 Julai.

Manakala kerajaan bersetuju untuk menamatkan lapan lokaliti PKPD esok iaitu Taman Murni, Sepang, Selangor, diikuti Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat (13 Julai); dan CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang.

Turut ditamatkan ialah Kg. Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching; Kampung Linukaan, Kota Marudu, Sabah; Kampung Perpaduan Gumpa, Kampung Perpaduan 2. Kampung Timbagaan, Matunggong di Kudat, Sabah.

PKPD rumah pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau; dan kuarters kilang bata Kampung Durok dan Kampung Limbawan Sayur di Keningau juga ditamatkan mulai esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast