KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menetapkan syarat kepada semua pekerja di sektor perkilangan dan pembuatan dengan mewajibkan setiap mereka menjalani ujian swab RTK dua kali dalam tempoh seminggu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarat itu yang bermula 7 Julai lalu sebagai syarat memperketatkan kebenaran pengoperasian di kawasan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.
“Langkah ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal, selain memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif sahaja dibenarkan ke tempat kerja.
“Majikan pula perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Beliau mengingatkan majikan agar tidak mengambil kesempatan atas peluang yang diberikan oleh kementeriannya itu.
Kata Mohamed Azmin, ingatan itu diberikan kerana ramai majikan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memandang ringan mengenainya.
“Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya. – MalaysiaGazette
MENTERI MITI BINGAI.. ADEHHH