Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan meneruskan usaha meringankan beban peniaga kecil dalam Kuala Lumpur dengan mengecualikan bayaran fi dan sewa.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa ketika mengumumkan perkara itu berkata, kementeriannya menyedari beban yang ditanggung peniaga dalam keadaan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kata beliau, dengan pengecualian itu memberi manfaat kepada 22,896 peniaga kecil termasuk 7,000 daripadanya yang berada bawah Wilayah Bebas Berniaga (WBB).

“Kita teruskan usaha untuk meringankan bebanan peniaga. Kita mengecualikan bereka daripada bayaran fi dan sewa bagi tempoh tertentu.

“Sepanjang tahun ini, mereka tidak perlu bayar sewa. Mereka boleh berniaga secara percuma, termasuk bawah program WBB. Kita mahu mereka terus berusaha mencari rezeki untuk menanggung keluarga,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Annuar mengumumkan tempoh lesen percuma penjaja menerusi skim WBB di bawah kementeriannya yang dijadualkan tamat pada 31 Julai ini dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu melegakan kira-kira 4,500 penjaja yang berdaftar skim WBB, di samping memudahkan mereka membuat perancangan perniagaan.

“Memandang negara masih berdepan Covid-19 dan pelaksanaan PKP, kita memudahkan usaha mereka mencari rezeki,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sewa x dikenakan, tapi brg harga tetap naik..jgn la cmtu bertimbangrasa lah sikit waktu² mcm ni semua org pun terkesannkn peniaga² jer. Harap pihak yg berwajib pantau perkara ini.

Comments are closed.