Buyako Saka.

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengutuk sekerasnya tindakan segelintir penyokong England yang menyerang Bukayo Saka, Jadon Sancho, dan Marcus Rashford dengan komen berbaur perkauman di media sosial.

Jelas beliau, polis juga sedang menyiasat perkara tersebut dan menegaskan tindakan seperti itu adalah tidak boleh dimaafkan.

Boris berpendapat bahawa pasukan bola sepak England ini seharusnya menjadi kebanggaan, dijulang sebagai wira dan bukannya diserang dengan perkauman di media sosial.

Boris berkata, mereka yang bertanggungjawab di atas serangan rasis di media sosial ini harus berasa malu dengan diri sendiri.

Sementara itu, iga pemain tersebut gagal menyempurnakan penalti mereka dan membuatkan England penentuan penalti 2-3 dalam aksi final Euro 2020.

Saka paling teruk dibuli di media sosial sehingga ada yang menyuruhnya berambus dari England dan pulang ke Nigeria.

Sebelum ini, pemain Arsenal itu memilih untuk mewakili England berbanding dengan Nigeria yang merupakan negara asal keluarganya.

Sebelum ini, pada Mei lalu, Rashford pernah menggariskan isu serangan rasis ke atasnya selepas dia gagal menyempurnakan penalti dalam penentuan penalti final Piala Europa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kacang lupakan kulit…..tanpa Umpanan cantik dari Saka menentang Denmarrk hingga hasil gol sendiri….England dari awal berputih mata untuk ke final

Comments are closed.