KUALA LUMPUR – Adik kepada pelakon Allahyarham Benjy iaitu Inessa Irdayanty meluahkan rasa terkilan setelah diserang oleh seorang pelakon wanita menerusi pesanan terus (DM) di Instagram.
“I have no idea if this is a legit account or fake fan account or whatever, but seriously, EXCUSE ME!? Aku tak habis nangis lagi, tanah kubur abang aku masih merah lagi, kau boleh tanya aku benda-benda macam ni?!
“Kau cari pasal! Aku tengah kerja, dapat your message, mula nak ignore. But you dragged my sister and my mom into this? Kau cari pasal. Kat profile tulis takziah la you’re my idol la apa bagai, pastu to me, tergamak tulis camtu,” tulisnya.
Inessa berkata, pelakon berkenaan tidak mengetahui tentang kesusahan yang dilalui semata-mata untuk menghantar wang kepada arwah Benjy.
Malah, dia mendedahkan kakaknya terpaksa melakukan sehingga tujuh pekerjaan dalam satu masa.
“Kau tahu ke berapa banyak kakak aku kasi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu ke how kakak aku juggled 3-5, sometimes SEVEN jobs at one time (!!!) sampai masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja.
“Sebab dia bagai NAK MATI cari duit nak hantar kat abang aku? Kau tahu ke berapa kali kakak aku NAK BUNUH DIRI sebab tak tahan ngan pressure jaga abang aku?” jelasnya.
Menurutnya lagi, dia juga memberitahu telah menjaga bapanya yang sudah sakit selama empat tahun.
“Kau tahu ke bapak aku dah sakit empat tahun, aku jaga dia sorang!? Kau tahu ke bapak aku sendiri hampir mati 5 kali dah dalam 4 tahun ni, aku kena handle sorang? Selain suami aku ngan kakak aku, AKU HANDLE SORANG!
“Kau tahu ke berapa RIBU aku belanja tiap-tiap bulan nak jaga bapak aku? Aku tak pernah mintak tolong sapa-sapa pun,” luahnya.
Ujarnya, sebelum ini dia juga sudah beberapa kali terpaksa membatalkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Dedahnya, duit simpanan untuk dia berkahwin juga terpaksa dihabiskan untuk membantu keluarganya.
“Kau tahu ke berapa kali aku dah plan nak kahwin, aku kena batalkan? Berapa banyak duit aku dah simpan nak kahwin pastu kena habis belanja sebab nak tolong mak aku, pastu tolong abang aku, pastu tolong bapak aku.
“Bukan sekali dua kali, ok? SEMBILAN TAHUN aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan last2 aku kahwin buat nikah covid je tahun lepas?
“Kau tahu ke abang aku pernah nak mampus dah masa dia masih kat KL and aku ngan suami aku yang tolong sihatkan dia semula sampai dia boleh hidup normal balik? Kau tahu ke berapa kali aku nangis mintak ampun ngan abang aku sebab aku tak mampu nak tolong lebih?
“Kau tahu ke berapa kali ABANG AKU yang mintak ampun ngan aku for everything that has happened?
“YOU DON’T KNOW SHIT! If your mother knew this?” Trust me, if my mother saw your messages, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah, Norish. You don’t know SHIT!,” ujarnya. – MalaysiaGazette