(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.
(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Pemindahan doktor pelatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dari Asrama Doktor Pelatih Blok A, B dan C ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) bertujuan mengoptimumkan penggunaan fasiliti di situ yang berfungsi sebagai wad Covid-19 berisiko rendah.

Ia susulan Block D Asrama Doktor Pelatih telah digunakan sebagai Pusat Saringan Covid-19 (PSC) sejak April 2020.

HTAR Klang dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat ketika lawatan Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi bersama Unit Pembangunan, Jabatan Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Fasiliti Hospital ke Asrama Doktor Pelatih Blok A pada 5 Julai lalu.

Jelas kenyataan itu lagi, hasil lawatan berkenaan, Dr Zulkarnain telah membuat keputusan untuk menukar fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih sebagai Wad Covid-19 kategori satu dan dua.

“Sehubungan itu, penghuni Blok A Asrama Doktor Pelatih yang menempatkan 10 doktor pelatih wanita dan blok B menempatkan dua doktor pelatih lelaki akan dipindahkan ke Asrama Pelajar Perubatan UM selepas kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di Blok B dan E Asrama Pelajar Perubatan UM,” katanya.

Dalam pada itu, notis juga telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM dalam tempoh empat hari sejak Jumaat lalu.

“Pada masa sama, pihak konsesi akan membuat kerja-kerja penyelenggaraan di Asrama Pelajar Perubatan UM untuk menerima doktor pelatih yang sebelum ini ditempatkan di Asrama Doktor Pelatih.

“Selepas semua pemindahan doktor pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada Isnin lalu, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad Covid-19 berisiko rendah,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ape yg TanSri KPK buat ni???
    Mane rangka tindakkan ???
    Hari2 bace laporan je buat ape??

Comments are closed.