Annuar Musa
Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, Annuar dan semua pegawai di pejabat Menteri akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, ujian saringan ke atas semua kontak rapat telah dilakukan dan kini sedang menunggu keputusan.

Kerja-kerja sanitasi di Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, di tingkat 6, Menara DBKL 1, juga sudah dilakukan.

“Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan akan ditutup untuk tempoh beberapa hari.

“YB Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf di atas sebarang kesulitan berhubung perkara ini,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette