Arjen Robben melambai tangan kepada peminat Belanda mengucapkan selamat tinggal selepas megumumkan persaraanya malam tadi. The Sun

THE HAGUE – Pemain Belanda, Arjen Robben mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Pemain berusia 37 tahun itu mengumumkan persaraan ketika bersama Bayern Munich pada 2019 namun kembali beraksi untuk Groningen pada 2020.

Robben menerusi akaun Twitter berkata, ia merupakan keputusan yang sukar dilakukan dan beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Penyerang veteran itu bermain untuk beberapa pasukan besar seperti Bayern Munich, Chelsea, Real Madrid dan PSV.

Namun beliau memula dan mengakhiri kariernya dengan pasukan Belanda, Groningen.

Bermain di bahagian sayap, Robben dikenali kerana kemampuan mengelecek dan kepantasannya.

Menjaringkan gol menerusi tendangan kencang kaki kiri untuk  melencongkan bola ke bucu tiang gol sinonim dengan beliau.

Pemain itu menjaringkan 209 gol dalam 614 penampilan, selain meledakan 37 gol dalam 97 aksi untuk pasukan kebangsaan Belanda.

Robben menjaringkan gol pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara bagi membolehkan Bayern Munich menjulang kejuaran itu selain memenangi lapan ejuaraaan Bundesliga.

Beliau turut memenangi kejuaraan La Liga ketika bersama Real Madrid, dua gelaran Liga Perdana Inggeris ketika menyertai Chelsea dan menjulang Eredivisie bersama PSV.

Robben tidak memenangi sebarang piala bersama pasukan kebangsaan namun beliau bermain pada aksi final Piala Dunia 2010 menentang Sepanyol yang mana pasukannya tewas 0-1 dalam masa tambahan. – MalaysiaGazette