Ashraf Mustaqim
Mohd Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan yang membantu rakyat dengan pelbagai inisiatif setakat ini disifatkan sebagai satu usaha yang sudah memadai.

Ketua Penerangan Armada, Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, tindakan kerajaan itu adalah bagi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat pada masa ini namun tidak menolak keperluan untuk meningkatkannya lagi pada masa depan.

“Keberadaan masyarakat dalam situasi pandemik ini yang mana bukan sekadar orang kata terhimpit daripada sudut atas faktor kesan kesihatan semata-mata tapi kita juga terkesan atas faktor ekonomi.

“Kalau bercakap dalam konteks ekonomi faktor untuk meneruskan kehidupan masyarakat sememangnya apa yang dilaksanakan kerajaan daripada awal hingga sekarang adalah memadai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program SkopMG bertajuk Sudah Cukupkah Kerajaan Bantu Rakyat? yang disiarkan secara langsung malam ini.

Mengulas lanjut, Ashraf Mustaqim berkata, mungkin ada dalam kalangan kelompok masyarakat yang terkesan dengan pandemik yang melanda seperti golongan M40 yang jatuh menjadi B40.

Tambahya, penilaian kerajaan untuk membantu rakyat memerlukan penelitian dengan mengukur julat keperluan dan kelas yang ada.

Justeru katanya, wujud pelbagai bantuan oleh kerajaan seperi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Pemulih yang kini memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. RM100 boleh cukup ke utk bujang ??
    org bujang mmg xde komitmen bank ke??
    ko lain la,kuat jilat mesti dapat gaji,

Comments are closed.