Deputy Prime Minister visits the Dewan Jubli Perak Covid-19 vaccination centre in Kuantan, Pahang. interstate travel Aidilfitri Cluster Covid-19 Hari Raya Haji Hari Raya Aidiladha inter-district travel
Deputy Prime Minister visits the Dewan Jubli Perak Covid-19 vaccination centre in Kuantan, Pahang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau Pusat Pemberian Vaksin Dewan Jubli Perak di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Rakyat diminta menjadikan insiden merentas negeri secara berleluasa pada Hari Raya  Aidilfitri lalu sebagai iktibar mengakibatkan peningkatan kes di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada ketika ini aktiviti merentas daerah atau rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Ada orang tular rentas daerah rentas negeri di mana-mana pun belum dibenarkan, fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) tak boleh, masih fasa dua PPN juga tidak boleh.

“Maka seluruh di Malaysia dalam dua fasa belum boleh seluruh daerah dan negeri,” katanya ketika ditemui media sejurus meninjau Pusat Pemberian Vaksin Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri membuat lawatan ke Pahang untuk meninjau situasi pandemik di negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN :

Sultan Muhammad V titah rakyat tidak rentas negeri untuk berhari raya

TERKINI : Pemantauan 24jam “Jangan Ragui Bacaan IPU” – Timbalan Perdana Menteri

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan menasihati rakyat agar menjadi pedoman peristiwa lepas agar tidak berulang lagi menjadikan faktor kenaikan kes biar pun berjaya melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Saya harap semua ambil iktibar daripada kes selepas raya Aidilfitri lepas Ketika itu darpada segi SOP masih boleh dibenarkan rentas negeri tapi masih ramai yang curi-curi.

“Dan kalau kita lihat daripada kluster rentas negeri yang meningkat, kes di Terengganu misalnya seluruh keluarga dijangkiti dan ada yang meninggal termasuk di Kelantan.

“Harap itu boleh jadi iktibar walapupun pandai lari dari sekatan polis balik ke kampung boleh lepas dari polis tapi tak lepas daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, masing-masing perlu menjaga diri, praktik kawalan kendiri dan jangan merentas negeri kerana fasa tiga dan empat PPN sahaja mereka dibenarkan berbuat demikian. – MalaysiaGazette