KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengeluarkan SOP ibadah korban Hari Raya Aidiladha pada 20 dan 21 Julai ini mengikut negeri masing-masing.
Antara lokasi dibenarkan ialah rumah sembelihan kerajaan, swasta, masjid, surau, ladang, kandang berlesen, kawasan lapang, balai raya danpremis persendirian yang mendapat kebenaran.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook jabatan itu, JAKIM menyatakan, bilangan petugas ialah dari lima hingga 30 orang mengikut situasi, tempat dan negeri yang ditetapkan.
Agihan daging korban sama ada dihantar terus ke rumah, mengambilnya di lokasi sembelihan mengikut masa ditetapkan, pandu lalu dan agihan terus kepada peserta yang mengambil bahagian mengikut ketetapan penganjur. – MalaysiaGazette