Abdul Jalil Rasheed

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Cardiff City telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation, Abdul Jalil Rasheed sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu

Kelab itu berkata, Abdul Jalil akan membantu kelab dalam membuat keputusan dan perancangan strategik serta bekerjasama rapat dengan pemilik kelab Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO Ken Choo.

“Jalil mempunyai 18 tahun pengalaman kerjaya pelaburan global, bersama syarikat seperti Abrdn & Invesco dengan peranan sebagai pemimpin kanan di Eropah dan Asia. Jalil juga pernah menjadi CEO Kumpulan dana pelaburan negara PNB termuda pada usia 37 tahun.

“Kami yakin penyokong City akan bergabung dengan Lembaga dan Kelab untuk mengalu-alukan kehadiran Jalil dan berharap dapat mencipta kejayaan bersama pada masa depan,” menurut kenyataan oleh Cardiff City FC dalam laman web rasmi kelab.

Cardiff City FC merupakan kelab yang berpangkalan di Wales.

The Bluebirds akan beraksi dalam Liga Kejuaraan, tier dua Bola Sepak Inggeris selepas menamatkan saingan pada kedudukan kelapan daripada 24 pasukan musim lalu. – MalaysiaGazette