Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 7 pagi ini, pemulihan bekalan air di 13 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah mencapai tahap 35%.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya berkata, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 11 malam tadi.

Justeru itu, bekalan air di 13 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual telah mula disalurkan bermula jam 2 pagi tadi secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya, Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air, oleh itu tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke 13 kawasan yang terjejas dijangka pada jam 6 petang ini. – MalaysiaGazette

Gangguan air di 13 kawasan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast