Kes positif harian Covid-19 di negara ini kekal lima angka apabila sebanyak 12,528 dilaporkan sehingga tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 di negara ini kekal lima angka apabila sebanyak 12,528 dilaporkan sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan peningkatan kes itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 sejak Januari tahun lalu hingga kini sudah mencecah 905,851 kes.

Beliau berkata, Selangor merekodkan 4,985 kes kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,740 kes dan Negeri Sembilan 1,280 kes.

Kedah juga mencatatkan jumlah kes tinggi iaitu 701 kes selain Sabah (647), Johor (625) serta Melaka (569). – MalaysiaGazette

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL