Foto Instagram Hadi Fayyadh.

KUALA LUMPUR – Pemain Malaysia yang kini bersama dengan kelab J2 League, Hadi Fayyadh mengesahkan dia sekali lagi dilantik sebagai duta pelancongan wilayah Okayama.

Ini merupakan tahun kedua Hadi Fayyadh dilantik sebagai duta pelancongan itu selepas kali pertama diberikan peluang yang sama pada tahun lalu bagi mempromosikan aktiviti berkaitan pelancongan di Okayama.

Hadi dilihat sebagai satu ikon pelancongan untuk pelawat dari Asia Tenggara khususnya Malaysia mengunjungi Okayama selain memberikan pendedahan mengenai Muslim Travel di Jepun.
“Terima kasih bandar Okayama kerana memberikan peluang yang baik sebegini dan saya sangat bersyukur.”

“Saya sangat menikmati tinggal di sini serta meneroka prefektur Okayama!”

“Saya berharap lebih ramai orang akan datang mengunjungi prefektur cantik kami secepat mungkin dan menerokai keindahan pemandangan, tradisi serta kebudayaan tempatan,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Ini adalah tahun ketiga Hadi berada di Jepun sejak secara rasmi menyertai kelab Fagiano Okayama pada 21 Disember 2018.

Sehingga hari ini masih belum berpeluang untuk tampil secara rasmi dalam perlawanan liga atau pun piala domestik di negara matahari terbit itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast