IMBAS KEMBALI. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan kad vaksinasi selepas disuntik vaksin Pfizer-BioNTech dos kedua di Klinik Presint 18, Putrajaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 MAC 2021.

PUCHONG – Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.

“… dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya setelah melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.

Menurutnya langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kalau saya seorang yang dah lengkap tapi isteri dan anak-anak langsung belum terima satu dos pun mcm mana. tunggu panggilan utk vaksin bagi isteri umpana mengunggu jackpot. Bagi anak pula mcm mana ? nk masuk premis kedai biasa pun tak lepas. tanya je ..

Comments are closed.