Independent Islamic Preacher Firdaus Wong Wai Hung. sumpah laknat video clip sexual assault
Firdaus Wong Wai Hung.

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung memberi sokongannya terhadap penyanyi rap, Caprice selepas kenyataannya yang tidak berpuas hati dengan seorang lagi pendakwah bebas mengenai misi kemanusiaan di Gaza.

Menerusi Facebook miliknya semalam, Firdaus tahu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli seorang yang kuat dan tabah untuk menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat.

Beliau turut menasihati Caprice bahawa sesiapa sahaja boleh berlakon di dunia ini.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” katanya.

Firdaus turut memuatnaik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram dan Insta Story Caprice yang mendakwa mahu membongkar apa yang berlaku ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Foto Facebook Firdaus Wong Official.

Dalam hantaran berbeza, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Semalam, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Inilah masalah di dalam orang Islam di Malaysia yg lebih suka PhD dan berpolitik walaupun tujuan asal untuk membantu sesama Islam tetapi tingkah laku yang begini hanya memburukan pada pandang orang bukan Islam.
    Bagaimana nak tarik mereka kpd Islam?

Comments are closed.