KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 hari ini turun kepada 10,710 kes pada hari ini berbanding 12,541 kes semalam.
Berikutan itu jumlah kumulatif meningkat kepada 916,561 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi dengan 4,828 kes (kumulatif 322,419 kes) diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 945 kes (98,563 kes).
Johor mencatatkan 808 kes (78,678) disusuli Sabah 666 kes (75,145), Sarawak 261 kes (71,300), Negeri Sembilan 771 kes (61,029) dan Pulau Pinang 295 kes (38,870).
Manakala negeri lain ialah Kelantan sebanyak 146 kes (37,558), Kedah 696 kes (32,550), Perak 407 kes (31,249), Melaka 289 kes (25,052), Pahang 369 kes (18,473), Terengganu 123 kes (12,653), Wilayah Persekutuan Labuan 50 kes (9,427), Putra 51 kes (2,968) dan Perlis lima kes (627). – MalaysiaGazette