Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah PPN Phase 1 relaxation dine in
Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26 kes positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini merupakan pesakit kritikal pada kategori lima dengan memerlukan bantuan ventilator untuk bernafas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, sebanyak 42 kes lagi berada pada kategori empat dengan pesakit memerlukan bantuan oksigen manakala, 103 kes lagi mengalami masalah radang paru-paru dan berada pada kategori tiga.

“Sebanyak 4,464 kes daripada 10,972 kes positif baharu hari ini hanya mengalamai gejala ringan dan berada pada kategori dua dan selebihnya 6.337 kes berada pada kategori satu dengan kesemuanya tidak mengalami gejala,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, secara keseluruhannya, 1.5 peratus kes (171 kes) yang dilaporkan berada pada kategori tiga, empat dan lima.

Meskipun peratusan kes pada kategori tiga hingga lima tidak tinggi, namun harus diambil perhatian bahawa kes bagi kategori lima memerlukan purata tempoh jagaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 21 hari mankala kes kategori empat memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 14 hari.

Bagi kategori tiga pula, Dr. Noor Hisham berkata, ia memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama bagi yang berisiko tinggi.

“Tempoh masa yang lama diperlukan bagi kes-kes ini untuk diberi jagaan di wad dan ICU, lalu mengakibatkan kapasiti katil yang sememangnya terhad kian hari menjadi semakin penuh dan sesak. Ini akan terus membebankan sistem kesihatan terutamanya di ICU, hospital dan PKRC.

“Oleh itu kita perlu bersama-sama menjaga diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita agar terlindung daripada dilangkiti Covid-19. Segeralah mendaftar dan dapatkan suntikan vaksin Covid-19 agar kita dapat melindungi diri dan melindungi semua,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 10,972 kes baharu, Selangor kekal tertinggi