Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk menerusi Program 'Outreach' Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Sabak Bernam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Sabak Bernam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,972 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini mencecah 927,533 kes.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,404 kes, ujarnya.

Ia disusuli Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (609), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), Sarawak (301), Kelantan (170), Terengganu (144), Putrajaya (48), Labuan (24) dan Perlis (1).

Semalam negara merekodkan penurunan jangkitan baharu dengan 10,710 kes, berbanding 12,528 kelmarin.

Bagaimanapun, wabak tersebut merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak 153 pesakit maut, menjadikan keseluruhan jumlah yang terkorban akibat virus itu sebanyak 7,019 sehingga semalam. – MalaysiaGazette