Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Datuk Osman Sapian pada majlis serahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha kepada 5 surau merangkumi empat taman di DUN Kempas hari ini.

JOHOR  BAHRU – “Jaga rumah tangga sendiri, jangan sibuk rumah tangga Bersatu sedangkan UMNO sendiri bergolak.”

Demikian nasihat Ketua Bersatu Bahagian Air Hitam, Datuk Osman Sapian apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mencabar empat wakil rakyat Bersatu Johor untuk menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya  dakwaan  berkenaan dan menyifatkannya tidak berasas.

“Sebenarnya Puad ini jagalah bahagian sendiri, jagalah UMNO kenapa mesti perlu ambil tahu rumah tangga Bersatu, kita nak keluar ke atau kita masuk ke?

“Ini kita tidak sentuh lagi selama ini berapa ramai orang-orang UMNO yang masuk Bersatu dan segala apa yang dikatakan itu adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kempas hari ini.

Menurut Osman, ramai ahli dalam kalangan parti-parti lain juga ingin menyertai Bersatu.

“Bukan kita yang mahu keluar, Tidak. Saya menafikan sekeras-kerasnya,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas meminta mana-mana pihak yang menyatakan Bersatu kini dalam pergolakan untuk tampil dan menunjukkan bukti.

“UMNO lagi bergolak, pecah tiga. Dia lagi teruk dari kita, kalau kita bergolak apa dia buktinya? Itu kalau cakap sana, cakap sini cakap kedai kopi perkara biasa, itu memang perkara yang selalu berlaku dalam soal politik.

“Kita tiada perpecahan dan 26 bahagian di sini semua aman masing-masing berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Puad mencabar empat Ahi Dewan Undangan Negeri Bersatu di Johor  supaya menarik sokongan pada kadar segera kepada parti itu seterusnya ‘menjatuhkan’ kerajaan negeri yang mana Menteri Besar adalah dari UMNO -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bersatu ni penuh dengan katak dan pengkhianat2 undi rakyat…..segala sampah sarap dia kaut utk kuasa…perrdahhh

Comments are closed.