KUALA LUMPUR – Sehingga jam 11.59 malam tadi, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin telah mencecah 15,071,814 individu.
Daripada jumlah itu, gabungan Selangor dan Wilayah Persekutuan merekodkan angka paling tinggi iaitu 4,140,969 dos pertama dan 1,329,503 dos kedua atau 21.6 peratus dari populasi.
Menurut grafik yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini, negeri kedua paling tinggi pemberian dos vaksin ialah Sarawak iaitu 1,591,810 juta dos pertama, 967,201 dos kedua atau 47.3 peratus dari jumlah penduduknya, manakala Johor 723,119 (382,662 / 13.4 peratus).
Ini diikuti Perak 585,969 dos pertama (304,730 / 16.4 peratus dos kedua), Pulau Pinang 532,427 (224,051 / 16.4 peratus), Sabah 509,089 (368,267 / 13.4 peratus), Negeri Sembilan 452,555 (169,872 / 20.9 peratus), Kedah 435,289 (229,839 / 14.9 peratus).
Negeri lain yang turut menerima dos pertama dan kedua ialah Kelantan 333,609 (209,935 / 17 peratus), Pahang 325,465 (203,553 / 17.3 peratus), Terengganu 273,309 (144,364 / 17.9 peratus), Melaka 248,224 (125,553 / 18.5 peratus), Perlis 90,187 (66,078 / 36.5 peratus) dan Labuan 59,884 (44,301 / 64.7 peratus).
Menurut JKJAV, peratusan vaksinasi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor digabungkan untuk menunjukkan liputan di sekitar Lembah Klang. – MalaysiaGazette