Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mencium anaknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebaik Ahli Parlimen Muar itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi dua pertuduhan. Foto HAZROL ZAINAL, 22 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.

Difahamkan, Ahli Parlimen Muar itu akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1. 2 juta melibatkan wang milik parti politik.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.

Dalam pada itu, media yang berkumpul sejak awal pagi tadi menjangkakan beliau  tiba di perkarangan mahkamah menaiki kenderaannya tetapi Syed Saddiq dilihat berjalan bersama-sama para peguam dari tempat letak kereta.

Peguam Gobind Singh dan Datuk Ambiga Sreenevasan juga bersama beliau.

Keadaan itu juga menyebabkan situasi kelam-kabut apabila jurukamera  mahu merakam gambar beliau.

Selepas memasuki dalam perkarangan mahkamah peguam dilihat cuba berunding untuk mendapat kebenaran beberapa orang dalam kalangan keluarga dan pemimpin politik untuk hadir perbicaraan.

Namun hanya tiga orang dibenarkan memasuki mahkamah bagi mematuhi prosedur operasi standard. – MalaysiaGazette

 

Lagi berita menyusul

4 Komen

  1. BENARLAH kata orangtua2….SATU JARI tunjuk pada orang lain….jari lain balik ke diri sendiri…Bukankah syed SADIIQ ini HERO TAMIL menentang RASUAH PECAH AMANAH SALAHGUNA KUASA 1MDB para pemimpin B end…..AKHIRNYA ramai yang terlepas

Comments are closed.