Ebit Lew (kiri) dan Caprice.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice berkongsi video berdurasi 29 saat yang memaparkan dia bersalaman dan berpelukan dengan pendakwah Ustaz Ebit Lew ketika di hujung pertemuan mereka di Mesir.

Menerusi video di InstaStory di Instagram miliknya hari ini, kelihatan mereka berbual mesra sebelum Ebit memimpin bacaan sebelum kedua-duanya bersalaman dan bepelukkan dalam suasana yang baik.

Jelas kelihatan Ebit turut mengusap di bahagian dada Caprice sambil berkata: “Sabar eh… lama-lama kat sini”.

Ketika mereka berpelukan juga, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, turut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Ebit.

Dia ada meninggalkan komen kepada salah seorang netizen.

“Ni masa nak balik, bijak,” tulisnya ringkas.

Video Berkaitan :

Dia juga menjawab persoalan yang dikemukakan netizen dalam ruangan komen hantaran status terbaharunya.

“Pelik.. Boleh scroll (gulir) ke bawah (merujuk video yang dimuat naiknya). Dalam video, saya sudah terang-terang ustaz peluk, tepuk dada, nak tinggal cium pipi je,” kata Caprice.

Semalam, Ebit pada sesi sidang video di media sosial berkata, dia merasakan seolah-olah Caprice menolak dan menepis tangannya ketika mereka bersalaman dan berpelukan ketika di hujung pertemuan.

“Saya ajak makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa.

“Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit.

“Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” demikian cerita Ebit pada sesi ‘live’ berkenaan.

Dalam pada itu, menjawab ajukan seorang netizen tentang sama ada Caprice sudah dihubungi Neelofa, jawab pelantun lagu Lenglui itu: “Baru sahaja lepas on call (jawab panggilan).”

Semalam, Neelofa terkait dalam konflik Ebit dan Caprice apabila selebriti terkenal itu meminta agar nama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak dibabitkan dalam permasalahan mereka berdua.

Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu meninggalkan beberapa komen dalam ‘live’ Ebit.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat,” tulisnya. – MalaysiaGazette