Foto Instagram Nadir Al-Nuri.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberitahu beliau tiada masalah untuk berkongsi semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Nadir Al-Nuri bagaimanapun menjelaskan, beliau kini sibuk dengan projek korban sempena Aidiladha.

Beliau turut berkongsi keadaan dirinya yang baik di Gaza, Palestin.

“Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ini semua ada hitam putih tak ada problemlah.

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.

Walaupun perkongsian itu tidak menamakan atau ditujukan kepada individu tertentu namun ia dilihat seolah-olah menjawab soalan yang diajukan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew semalam.

Semalam, Ebit dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Instagramnya semalam meminta Nadir Al-Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan NGO di sana tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?” soalnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mana pergi duit sumbangan RM20 juta? – Ebit

2 Komen

  1. Gaduh2..sbb nak nama ke nak pahala?
    Jgn ubah pahala jadi dosa..
    Sibuk org sana..bangsa sendiri yg susah kat cni lupa. Bawa berpuluh juta kesana..kat sini bg sikit tak igt ke.
    Ya niat Saudara2 semua baik tp apa kata saudara semua renung keadaan bangsa kita dia tanahair kita dulu

  2. Rakyat Malaysia ini pemurah serta dermawan serta mudah simpati tetapi mudah tertipu.
    Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman perlu pulang ke Malaysia untuk pencerahan dan buat lapuran polis jika beliau berasa di pihak yang benar bukan nyatakan di Facebook. Jangan hanya berani bersuara di luar negara dan tidak nyatakan di Malaysia termasuk di mahkamah nanti

Comments are closed.