KUALA LUMPUR – Sebanyak 27 kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini di mana kluster tempat kerja masih mendominasi keseluruhan kes dengan 15 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak tujuh daripadanya merupakan kluster komuniti, selain dua kluster pusat tahanan dan masing-masing satu bagi kluster Pendidikan Tinggi, Kumpulan Berisiko Tinggi dan Import.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan sebanyak lima kluster, diikuti dengan Johor (5), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Kedah (2), Perak (2), Pahang (2), Sabah (2) dan masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.
“Antara 15 kluster tempat kerja ialah Industri Kota Burok, Muar; DPB Lima Tanjung Pelepas, Johor Bharu; A6 Tanjung Pelepas, Johor Bharu; Jalan Helang Bukit, Kepong, Kuala Lumpur; Tapak Bina Jalan Pasar Sentul, Kepong, Kuala Lumpur; Tapak Bina Sungai Bunus, Titiwangsa; Industri Jalan Raja Nong, Klang; Jalan Besar Tanjung Sepat, Kuala Langat; Dah 2/2 Industri Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah serta Dah Tupah Industri Sungai Petani, Kuala Muda.
“Turut dikenal pasti kluster baharu ialah Kledang Utara Tiga, Kinta dan Kerian; Jalan Maharani Intan, Hilir Perak; Pekan Jelawat, Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan; Jalan Perniagaan Jelatang, Alor Gajah, Melaka serta Industri Jalan Batu Malim, Raub dan Lipis, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak tujuh kluster komuniti dikenal pasti KKM hari ini, antaranya Bukit Bangkong, Sungai Melut Komuniti, dan Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Sepang, Selangor; Nosoob Baru, Penampang, Sabah; Kampung Lubok Stol, Pasir Mas, Kelantan; Kubang Palas, Hulu Terengganu dan Marang serta Padang Lalang Temerloh, Pahang.
Selain itu, terdapat dua kluster baharu pusat tahanan yang dikenal pasti membabitkan Jalan Dang Wangi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tembok Nanas, Pontian, Johor.
Tiga lagi kluster baharu melibatkan Pendidikan Tinggi, Kumpulan Berisiko Tinggi dan Import, masing-masing satu di Seksyen 17 Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan; Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Ranau, dan Putatan, Sabah serta Salamis, Kota Tinggi, Johor. – MalaysiaGazette