Shazni Munir

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Amanah Nasional (Amanah), Shazni Munir kini dalam keadaan agak kritikal tahap empat akibat positif Covid-19.

Menurut Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu turut dimaklumkan berada dalam keadaan lemah.

“Dimaklumkan bahawa saudara Shazni Munir (Ketua Pemuda PH/Ketua Pemuda Amanah) telah positif Covid-19.

“Status beliau sekarang adalah stage empat. Kami dimaklumkan keadaan beliau agak kritikal dan lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: Ketua Pemuda PH positif Covid-19

Katanya, isteri, Zarith Noor Abdul Kahar dan anak-anak beliau juga turut disahkan positif covid-19.

Semua mereka sekarang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah sementera menunggu arahan seterusnya daripada pihak kesihatan.

“Kami mohon doa dan sokongan daripada semua agar kondisi beliau segera pulih.

“Bagi meringankan bantuan keluarganya yang berhadapan dengan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh disalurkan bantuan terus kepada isterinya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. COVID ITU BENAR DAN UJIAN ALLAH ITU BENAR…..masa SIHAT MULUT CELUPAR SANGAT…asyik tuduh kerajaan GAGAL wpun pelbagai bantuan usaha dibuat untuk rakyat….kerajaan P H SELANGOR GAGAL tak sibuk pula…. kenapa tidak marah dan salahkan MB Sgor dan Penegrusi Task Force DR ZUL Ahmad

Comments are closed.