Foto Instagram Fedtri Yahya.

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Fedtri Yahya memberitahu abangnya, Zahari telah disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Fedtri menerusi satu posting di Instagram.

“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi 😭 setelah berjuang dengan #covid19,” tulisnya.

Sebelum ini, Fedtri pernah memaklumkan bahawa kesemua keluarga abangnya telah disahkan positif Covid-19.

Malah, bapanya sendiri yang berusia 72 tahun turut positif dan mendapat rawatan di hospital. – MalaysiaGazette