Dr. Ahmad Shukri Ismail

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia mengingatkan hartal bukanlah jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu pegawai-pegawai perubatan kontrak.

Ini kerana, dalam kaedah maqasid syariah Islam, menjaga nyawa adalah perkara paling utama.

Tindakan hartal akan memudaratkan nyawa pesakit terutama di musim pandemik Covid-19 kerana menghentikan kerja walaupun dalam jangka waktu yang singkat bukanlah tindakan yang rasional.

Sebaliknya ia boleh memburukkan memudharatkan perkhidmatan perubatan dan pesakit.

Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, dalam Islam juga, kontrak adalah ikatan janji yang wajib dilaksanakan.

Selagi kontrak masih berlaku, segala tugas diamanahkan mestilah dilakukan. Tidak boleh melakukan hartal atau mogok iaitu menghentikan kerja dalam waktu bekerja.

Seseorang itu hanya boleh berhenti memberikan perkhidmatan selepas menamatkan kontrak dan akujanji tersebut.

Ahmad Syukri berkata, Perdim percaya isu ini boleh diselesaikan dengan perbincangan dan bersedia memberikan komitmen dan bantuan dalam proses tersebut.

”Mari kita belajar dari sejarah SCOMOS yang memperjuangkan elaun-elaun atas-panggilan untuk pegawai perubatan pada tahun 1992.

”Perancangan yang teliti dan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan pihak kerajaan telah terbukti membuahkan hasil apabilaselepas tiga tahun apa yang diperjuangkan mencapai kejayaan dengan pegawai perubatan diberikan hak mendapat elaun atas-panggilan yang dinafikan sekian lama,” katanya.

Penyelesaian boleh dibuat dengan perbincangan, malah kerajaan telah memberikan respons positif dengan langkah-langkah yang terkandung dalam kenyataan perdana menteri pada hari Jumaat.

Ahmad Syukri turut melahirkan rasa bimbang jika hartal dilaksanakan akan memudaratkan pegawai-pegawai perubatan kontrak sendiri.

Ada kemungkinan mereka akan kehilangan jawatan dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Malah, pegawai-pegawai perubatan yang berkhidmat kurang dua tahun, ada risiko mereka akan kehilangan hak untuk mendapat lesen Perakuan Amalan Tahunan.

“Oleh sebab itu, Perdim bertegas dengan pendirian bahawa hartal tidak sesuai dilakukan dan memohon agar pihak berkenaan segera menghentikan rancangan tergesa-gesa ini.

“Lagipun Malaysia adalah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang telah bersama-sama membina negara dengan budaya dan pendekatan toleransi.

”Mogok bukanlah salah satu dari budaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. tuntutan hak memang perlu….tetapi biar kena tempat dan masa . tidak dinafikan pengorbanan FRONTLINER 24 JAM /MINGGU DAN BERBULAN bukan saja kes covid malahan semua penyakit dan kecemasan.
    masalah BESAR dari pihak JPA DAN SPA supaya tidak mendiamkan diri ISU BESAR ini…..pernah berlaku dulu bila PA seperti jururawat/polis sambung belajar bergaji penuh….manakala pendidik terpaksa bergolok bergadai dapat separuh gaji sambung belajar…saluran terbaik ialah dengan kekuatan dan tanggjawab KESATUAN masing2….contoh guru KPPK…Bank Nube….PA dgn CUEPACS serta MTUC
    TIDAK dapat dibayang dan diungkap ketika MOGOK berjalan ramai pesakit KRITIKAL DAN MAUT di wad kecemasan……. isu kontrak ini begitu lama dan bukan berlaku sekarang…kerajaan ada formula dan resolusi utk diperhalusi dan dtambah baik

  2. Negara dibina oleh penduduk berbilang kaum dan bukan semestinya rakyat berbilang kaum. Ingat angkara PKM yang ditubuhkan dan dibiayai sekian lama oleh Tanah Besar Komunis Cina. Ingat juga McCarthyism.

  3. Kerana suka mogok, kesan nya susah doktor Malaysia hendak mendapat kerja di hospital swasta atau antarabangsa. Yang ruginya rakayat malaysia juga, bayanglah sudah berapa ramai doktor warga asing yang telah bekerja di hospital di malaysia, kalau gini caranya lagi ramai doktor warga asing yang datang. Tak lama lagi kita mungkin akan jadi seperti Singapura apabila bidang profesional telah diambil oleh warga asing disebabkan hilang kepercayaan.

Comments are closed.