Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 lokaliti di Pahang, Kelantan dan Sabah akan diletakkan dalam pengawasan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 28 Julai hingga 10 Ogos ini.

Lokaliti itu ialah Kampung Pagar Batu 6 Penjom, Kuala Lipis; tapak bina IBN Highland Genting Highlands, Bentong; dan Sungai Klau serta Sungai Chalit, Mukim Gali, Raub di Pahang.

Di Kelantan pula membabitkan Kampung Telaga Tujoh, Labok di Machang, manakala tiga perkampungan di Sipitang, Sabah ialah Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih Sipitang.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa lokaliti lagi di Sabah yang turut diletakkan dalam PKPD ialah Kampung Kauran, Keningau; Kampung Mostyn Lama, Kunak; Perumahan ladang Pontian Kuril, Kinabatangan; dan Kampung Tawadakan di Kota Belud.

Kata beliau, semua kawasan itu dipersetujui kerajaan untuk dikenakan PKPD selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan juga bersetuju melanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu lagi bermula 28 Julai hingga 10 Ogos ini di Felda Maokil, Muar, Johor; dan Kampung Madsiang, Penampang, Sabah.

Enam kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah juga dilanjutkan PKPD, iaitu Kampung Patikang Ulu, kilang dan kuarters Focus Lumber, kilang dan kuarters Hasil Jadi, pusat memandu IDA dan penempatan warga Indonesia.

Dalam pada itu, tujuh kawasan atau lokaliti yang ditamatkan PKPD mulai esok ialah Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub; Flat Taman Benus Jaya, Bentong; Taman Muhibbah Fasa 1, 2 dan 3, Beaufort, Sabah.

Dua lokaliti di Penambang, Sabah ialah Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak, selain Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Sarawak; dan Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.

“Keputusan ini dibuat selepas MKN meneliti pembetangan KKM mengenai situasi semasa Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast