Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengamblan doktor kontrak dimulakan ketika kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak mentadbir negara.

Perkara itu diumumkan Najib dalam Ucapan Belanjawan 2017.

“Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2017 pada 21 Oktober 2016.

Dalam ucapannya itu, Najib berkata, hampir 2,600 doktor yang sebelum itu tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak.

“Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga,” katanya.

Dalam hantaran di laman Facebook baru-baru ini, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, memang ada pihak yang menyindir bahawa doktor kontrak ini bermula semasa kerajaan BN.

“Tapi jika keputusan itu tak betul, kenapa pula kerajaan PH dan kerajaan PN tak perbetulkan?” soalnya.

Menurut beliau, situasi sekarang sudah sangat berbeza dengan masa dahulu semasa kerajaan BN.

“Doktor-doktor kontrak sudah buktikan ketabahan, kesabaran, pengorbanan dan kebolehan mereka sambil menghadapi risiko yang tinggi pada pandemik ini.

“Saya dan seluruh Rakyat Malaysia amat hargai jasa-jasa kalian,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada 24 Julai lalu.

Kira-kira 23,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kini dilantik secara kontrak dan kerajaan minggu lalu mengumumkan kumpulan ini akan ditawarkan lanjutan kontrak dua tahun serta beberapa kemudahan termasuk melanjutkan pelajaran dengan penajaan.

Bagaimanapun tawaran tersebut masih gagal menjawab tuntutan mereka yang mahu diserap ke jawatan tetap sehingga menyebabkan ratusan doktor kontrak melakukan protes hari ini di hospital-hospital di seluruh negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. King of spinner. Dia yang berak. Pastu suruh org lain bersihkan.
    Memang dulu dan sekarang berrlainan. Dulu duit belanja boleh beli birkin,
    PM boleh goyang telor kat umah. Sekarang negara dihimpit pandemic.

Comments are closed.