Kapal perang TLDM bersama kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth menjalani eksesais di perairan Selat Melaka. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengukuhkan kerjasama pertahanan dengan United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21) melalui Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka, semalam.

Eksesais itu melibatkan tiga aset TLDM iaitu KD Lekiu, KD Jebat dan Helikopter Super Lynx.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut, ketumbukan UKCSG 21 kali ini terdiri daripada empat kapal tentera laut dan beberapa pesawat daripada tiga negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda.

Kata kenyataan itu, kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen.

“Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth iaitu sebuah kapal pengangkut pesawat di rantau ini,” kata kenyataan itu kepada media, hari ini.

Selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut sahabat, TLDM mengalukan eksesais seperti itu bagi meningkatkan interoperability serta persefahaman di lapangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast