TOKYO – Peserta Judo dari Sudan muncul sebagai atlet kedua diarah meninggalkan gelanggang Olimpik selepas enggan menentang lawannya dari Israel.
Mohamed Abdalrasool mengikuti jejak Feith Nourin yang diarah meninggalkan gelanggang beberapa minit sebelum berdepan Tohar Butbul.
Nourine dari Algeria berkata, dia membuat keputusa menyokong Palestin sementara Abdalrasool tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Pasukannya mendakwa Abdalrasool mengalami kecederaan bahu tetapi atlet Israel, Butbul tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.
Butbul menduduki rangking ke tujuh dunia manakala Nourine berada pada rangking ke-31 dunia manakala Abdalrasool (469).
Butbul menewaskan Victor Sterpu dan melangkah ke peringkat suku akhir sebelum tewas di tangan An Changrim dari Korea Selatan.
Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata, sebarang bentuk ‘pelanggaran secara terang-terangan’ dalam temasya sukan tersebut akan diuruskan dengan tegas.
Fethi Nourine, digantung oleh Persekutuan Judo Antarabangsa apabila menarik diri kerana enggan bertemu Butbul dalam acara 73 kilogram.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Pengarah Solidariti IOC, James Macleod berkata, IOC sentiasa bimbang dengan kes seperti ini dan sedang menilainya.
“Jika terdapat pelanggaran secara terang-terangan daripada piagam olimpik, IOC akan mengambil setiap langkah yang diperlukan dalam perkara tersebut.
“IOC sedang menilai setiap kes yang dibawa kepada kami walaupun daripada pihak ketiga.
“IOC sedar tiada sebarang diskriminasi, autonomi, kesemua prinsip dalam piagam Olimpik, adalah perkara yang tidak boleh kami abaikan,” katanya. – MalaysiaGazette