Kementerian Kesihatan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah membuat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi ini.

Menurut kenyataan KKM, buat masa ini, sijil digital vaksinasi untuk mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, KKM menyarankan mana-mana pihak agar tidak
berkongsi atau menyebarkan berita tersebut kerana boleh memberi gambaran salah, seolah-olah KKM telah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi,” katanya hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan laporan berita portal Yahoo News bertajuk “QR code on “Health Minister’s vaccine badge links to random man’s SoundCloud”.

Menurut kenyataan itu, kad vaksinasi dan kod QR yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac 2021 tersebut hanya sampel reka bentuk kad vaksinasi untuk ditunjukan kepada wartawan dan jurugambar.

“Laporan berita itu mendakwa kad vaksinasi dikeluarkan KKM adalah tidak benar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

.