Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (PH) mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya mengambil keterangan pegawai perubatan menyertai mogok aman Hartal Doktor Kontrak pada Isnin lalu.

Beliau yang membangkitkan perkara itu pada sesi Dewan Rakyat di sebelah pagi berkata, sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sudah menyatakan pegawai perubatan terbabit berhak untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun katanya, memetik laporan sebuah laman portal hari ini seramai 12 orang doktor yang menyertai mogok aman di Serdang telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Jadi, saya ingin menteri memberi penjelasan adakah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan semalam itu bagi pihak seluruh kerajaan atau pun hanya Kementerian Kesihatan atau pun sebahagian daripada kerajaan ataupun bagi diri beliau sendiri.

“Kenapa ada tindakan terhadap doktor-doktor yang telah keluar membuat Hartal pada hari Isnin lalu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan doktor kontrak di seluruh negara akan menjalankan mogok aman pada 26 Julai jika dua tuntutan yang dikemukan dalam Memorandum Gerakan #Hartal tidak diselesaikan kerajaan dalam tempoh ditetapkan.

Semalam, di Dewan Rakyat, Dr. Adham (BN) berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kumpulan doktor kontrak yang menyertai mogok semalam tidak akan dikenakan tindakan disiplin.

Katanya, mereka berhak berkumpul untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Tidak ada apa-apa tindakan kepada mereka walaupun mereka keluar (mogok) semalam. Mereka berhak berbuat demikian,” kata Dr. Adham.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham ketika dihubungi PNBBC Portal hari ini menjelaskan, pihaknya memang tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka terbabit dan arahan mengenai perkara itu sudah diberikan.

Bagaimanapun katanya, kementerian tidak dapat menghalang urusan pihak berkuasa lain berhubung perkara itu kerana laporan tidak datang daripada pihaknya.

Beliau juga menyifatkan apa dibangkitkan Fahmi hanya untuk mengelirukan orang ramai berhubung keputusan diumumnya semalam.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. DRAMA DAN HERO2 TAMIL mula berbicara konon jaga kebajikan Dan MANDAT RAKYAT….tetapi HAKIKATNYA…..

    PH merupakan pihak yang memasyhurkan Dasar Pengurangan Penjawat Awam ketika mula memerintah pada 2018,
    “Bukan itu sahaja, mereka juga yang memberhentikan ramai pekerja-pekerja sektor awam berstatus kontrak selain menarik balik elaun kritikal Pegawai Perubahan.

    “Ini merupakan sebahagian perjuangan DAP-PH yang secara konsisten sebelum menjadi kerajaan mendakwa Kerajaan terlalu dibebankan dengan jumlah penjawat awam yang ramai,”

  2. untunglah…..tiada apa2 tindakan….amNANAH sikapnya dah bagi BETIS nak PEHA pula…teringat dulu masa dengar ceramah agama ke politik adalah SB=SB datang menyelinap masuk utk merakam menahan merampas dan P A 2 berkenaan diminta surat tunjuk sebab/gantung tugas/tahan gaji/campak ke huku/diberhenti@dibuang kerja dan tindakan tatatertib yang boleh dipenjara atau denda rm2000 yg melucutkan segalanya pada P A.

    amNANAH dan sekutunya masih dengan sikap BIADAP dgn istilah kerajaan gagal/pintu belakang tetapt tanpa rasa KEMALUAN ambil juga segala insiatif dan bantuan kerajaaan

Comments are closed.