Anwar mengadakan sidang media di Parlimen susulan kenyataan Istana Negara hari ini mengenai pembatalan Ordinan Darurat.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat berhubung ketetapan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

Usul tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun susulan kenyataan Istana Negara hari ini mengenai pembatalan Ordinan Darurat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memaklumkan, usul tersebut telah dihantar kepada pukul 3 petang tadi di pejabat speaker.

“Dengan ini, kami mengambil ketetapan untuk menyatakan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan dimakzulkan (digugurkan) daripada jawatannya dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Anwar, usul berkenaan dihantar oleh beliau yang mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai pengumuman agar semua yang berada di Parlimen menjalani ujian calitan ekoran terdapat kes positif Covid-19 di bangunan tersebut, Anwar mendakwa, ia helah yang dilakukan oleh kerajaan untuk melengahkan-lengahkan sidang dewan diteruskan.

“Ini yang saya katakan helah tadi…padahal kita boleh lakukan saringan tanpa mempersulitkan perjalanan Parlimen.

“Jadi, bagi kita dan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari ini menganggap Muhyiddin telah dipecat dan gugur jawatan sebagai perdana menteri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. BUBARKAN SAJA PARLIMEN..
    Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sebab beliau pun dibebas melalui Pintu Belakang.
    Jika pilih Anwar serupa minta Kiamat dipercepatkan dan Covid19 akan bertambah

  2. Puak PH gila babi… Masa jadi kerajaan satu habuk pun tk ada manfaat kpd rakyat yg depa bagi. Bila dh jadi pembangkang suka plak buat huru hara.
    Puak hancing tu bkn pikir pun masalah rakyat, yg depa pikir hanya politik gila babi depa saja.

Comments are closed.