Saturday, June 22, 2024
Home Politik Muhyiddin dan anggota Kabinet perlu letak jawatan – Tun M

Muhyiddin dan anggota Kabinet perlu letak jawatan – Tun M

Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keseluruhan anggota Kabinetnya perlu meletakkan jawatan ekoran kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Muhyiddin perlu tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan ordinan tersebut namun kenyataan mengenainya tetap dibuat.
“Kenyataan Yang di-Pertuan Agong hari ini menunjukkan bahawa Muhyiddin secara sengaja menipu Parlimen berkaitan pembatalan Ordinan Darurat
“Muhyiddin perlu tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan ordinan tersebut.
“Namun, pengumuman yang dibuat seolah-olah beliau mempunyai lebih kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong sewaktu Proklamasi Darurat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut bekas perdana menteri itu, walaupun kenyataan bahawa darurat telah dibatalkan dibuat oleh Menteri di Jabtan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, namun Muhyiddin tidak berusaha membetulkannya sedangkan .
Malah, katanya, Muhyiddin juga tidak membuat sebarang penjelasan pada hari-hari berikutnya.
“Oleh itu Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan anggota  Kabinetnya bertanggungawab di atas perbuatan memalukan ini,” katanya. – MalaysiaGazette