KUALA LUMPUR – Perancah pada projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 yang sedang dalam pembinaan runtuh yang bertentangan dengan Hotel Premier di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi, Klang hari.

Kejadian pada jam 2.15 petang itu mengakibatkan lima pekerja warga Bangladesh terperangkap dalam runtuhan dengan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan.

Empat mangsa mengalami kecederaan ringan di muka manakala seorang lagi meninggal dunia akibat terperangkap di sebalik timbunan perancah.

Salah seorang daripada empat mangsa yang mengalami kecederaan itu adalah warga Indonesia manakala mangsa yang meninggal dua itu ialah warga Bangladesh.

Kesemua mereka berusia lingkungan 30an dan bekerja di kawasan pembinaan LRT 3.

Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada jam 2.58 petang sebelum jentera, kenderaan FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang  Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden runtuhan itu kira-kira jam 2.15 petang.

“Kita boleh sahkan tiga pekerja warga asing terlibat dalam runtuhan itu dan dua daripadanya selamat dengan kecederaan ringan di muka manakala usaha mengeluarkan seorang lagi rakannya yang tersepit di dalam runtuhan besi itu dilaksanakan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette