KUALA LUMPUR – Satu kes pembakaran terbuka membabitkan timbunan tong tong plastik dan bahan-bahan industri berlaku di tapak haram dikesan di Kampung Jalan Kebun Baru dekat Klang hari ini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar pukul 4.14 petang sebelum jentera dari balai Kota Raja bergegas ke tempat kejadian.

Pemeriksaan di lokasi mendapati kebakaran itu membabitkan timbulan tong-tong minyak kenderaan di bawah di kawasan berkeluasan 60 x 50 kaki persegi terbakar hampir 70 peratus, kata bomba dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden kebakaran terbuka itu mengakibatkan kepulan asap hitam di udara sebelum bomba berjaya mengawalnya.

Bagaimanapun tidak ada mangsa yang dikesan dalam insiden berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast